CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, February 20, 2009

PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS TULISAN

TYPE

Jenis tulisan :Tempus Sans ITC



Jenis tulisan :




JENIS TULISAN : Monotype Corsiva


















Jenis tulisan : Mistral


Saturday, February 7, 2009

ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA






















Tuesday, February 3, 2009

PENGGUNAAN MULTIMEDIA


Penggunaan Multimedia Dalam Pelbagai Bidang.

Dalam dunia serba moden ini konsep multimedia tidak asing lagi di mata dan pendengaran kita. Setiap orang sama ada kanak-kanak, remaja ataupun dewasa tidak lepas daripada menggunakan Multimedia. Multimedia boleh digunakan oleh pelbagai masyarakat daripada semua peringkat umur atau latarbelakang yang berlainan Tambahan pula pada masa kini multimedia digunakan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan, perubatan, animasi dan lain-lain.

Teknologi multimedia adalah satu teknologi yang menggabungkan sepenuhnya teknologi komputer, pemain cakera padat, sistem video dan sistem audio bagi mendapat kombinasi yang lebih baik dan meningkatkan interaksi di antara pengguna dengan komputer.


Multimedia Dalam Pendidikan.

Perkembangan dan penggunaan multimedia dalam pendidikan bukan lagi merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Pendidikan di Malaysia sekarang makin mencabar selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat. Sebagai sebuah negara yang berwawasan maka bidang pendidikan merupakan aset penting untuk melahirkan pakar-pakar dalam sesuatu bidang dalam menuju ke arah sebuah negara berteknologi yang tinggi. Teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dan mendalam dalam bidang pendidikan. Teknologi multimedia dapat mempercepatkan dan mampu memberi kefahaman tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan kadar yang segera.

Dalam konteks pendidikan, interaktif melalui multimedia telah memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan bermutu. Ini dibantu dengan keupayaan komputer dalam mempersembahkan maklumat, menyokong penghasilan aplikasi pengajaran pembelajaran. Disamping itu, multimedia boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Selain dari itu guru-guru dan pelajar tidak terikat dengan kaedah pengajaran konvensional dan mereka boleh meneroka ke dunia baru dan berinteraksi dengan negara lain dalam multimedia.

Dengan perkembangan multimedia dalam pembelajaran ia akan mengubah cara seseorang belajar, mendapatkan maklumat dan menyesuaikan setiap malumat yang diterima. Kemudian, multimedia dapat memberi peluang kepada guru untuk mempelbagaikan tekniik pengajaran mereka dan memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka. Seterusnya ia akan mengelakkan pelajar daripada merasa bosan ketika belajar disamping mewujudkan suasana yang menarik ketika belajar kerana mereka tidak lagi terikat dengan kaedah tradisi yang agak membosankan. Antara contoh penggunaan multimedia dalam pendidikan ialah seperti kamus multimedia elektronik, eksperimen, bahan sejarah, pendidikan permainan dan hiburan dan sebagainya.



Multimedia Dalam Perubatan

Semenjak berkembangnya bidang Informatik Kesihatan, penggunaan komputer telah berkembang dan mempengaruhi pelbagai aspek jagaan kesihatan. Biasanya ia digunakan oleh doktor dan penyelidik kesihatan untuk melakukan penyelidikan. Ia membolehkan penyelidik mengumpul dan menganalisa data dengan mudah. Ini akan membantu dalam merancang program kesihatan. Disamping itu ia dapat membantu dalam pembuatan keputusan seperti sistem preskripsi ubat yang mampu memastikan tiada interaksi antara ubat yang dipreskripsi, dosnya sesuai dengan umur dan berat pesakit dan tiada sebarang kontraindikasi.

Selain itu, melalui perisian yang direka khas, orang ramai boleh membuat diagnosa mengenai penyakit mereka. Ini akan memudahkan tugas doktor dalam merawat. Contohnya Gladys (Glasgow Dyspepsia System) yang direka khas bagi diagnosis masalah dyspepsia. Orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat perubatan terutama dari Internet. Selain itu, multimedia dalam perubatan juga berfungsi sebagai alat mempromosi kesihatan. Contohnya pendidikan kesihatan dalam bentuk cakera multimedia untuk mendidik orang ramai. Ini lebih menarik dan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk pelajar perubatan.

Dewasa ini, negara yang menguasai teknologi maklumat akan menjadi sebuah negara yang maju. Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat. Bagi merintis ke era dunia siber dan agar tercapainya Wawasan 2020 adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang teknologi maklumat.



Rujukan : http://www.ctl.utm.my
http://jknkelantan.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=161