CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 3, 2009

ELEMEN VIDEO DALAM MULTIMEDIA

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat mampu mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Hal ini kerana ia menggambarkan keadaan sebenar kepada penonton. Selain itu, ia dapat mempengaruhi perasaan dan emosi penggunanya dengan lebih nyata. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.


VIDEO ANALOG


Pada peringkat awal, penghantaran isyarat video adalah secara analog. Ia juga dikenali sebagai gelombang analog atau analog wafeform. Format bagi video ini adalah video composit. Format ini mempunyai ciri-ciri asas seperti brightness and contrast, colour, sync” dan sebagainya. Ciri-ciri ini disatukan menjadi satu isyarat untuk tujuan penghantaran. Ini menyebabkan video yang dihasilkan mengalami masalah-masalah seperti kecairan warna, gambar kurang jelas dan juga kualiti yang kurang apabila kerap digunakan atau disimpan dalam sesuatu tempoh yang lama.


VIDEO DIGITAL


Video digital diperkenalkan disebabkan masalah-masalah yang wujud dalam video analog. Kualiti video ini akan akan kekal sepanjang masa walaupun digunakan berulang kali dan disimpan pada sesuatu tempoh yang lama. Disamping itu video digital boleh disalin(copy) tanpa mengurangkan kualitinya, ia juga boleh dipindahkan melalui rangkaian komputer (sistem mel elektronik). Namun begitu, video jenis ini menggunakan ruang storan yang besar berbanding video analaog.



Kelebihan Video Digital


Melalui video ini sebuah klip video lebih mudah diubahsuai atau dipinda. Selain itu, kualitinya tidak jatuh apabila disalin kembali disamping tidak memerlukan perkakasan istimewa untuk dimainkan semula. Seterunsnya kita juga boleh memasukkan kesan-kesan imej dengan mudah.


Kelemahan Video Digital


Saiz file yang besar diperlukan bagi menyimpan video digital. Disamping itu, masalah cetak rompak yang amat mudah dilaksanakan. Malah kualiti cetakan itu juga hampir sama dengan cetakan asal.


FORMAT FAIL


.MPG


MPG bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan untuk peghasilan VCD.


.AVI (Audio Video Interleave )


AVI bermaksud Video for Windows. Ia diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. Selain itu ia membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.


.MOV


Merupakan format video untuk perisian Quicktime.. Dibangunkan oleh Apple Computer Company.


PENENTUAN SAIZ FAIL DAN KUALITI VIDEO DIGITAL


FRAME RATE


Semakin tinggi frame rate sesebuah video digital, semakin lancar perjalanan video tersebut. Sekitanya frame rate sesuatu video digital itu di bawah kadar yang sepatutnya, sebuah video digital dengan pergerakan yang tersangkut-sangkut akan terhasil.


SAIZ IMEJ


Saiz imej juga dikenali sebagai resolusi ruang. Berbanding video analog, saiz imej video digital ditentukan oleh pengguna. Saiz video digital yg sesuai dipaparkan adalah ¼ daripada skrin komputer (320 x 240 pixel).


KEDALAMAN WARNA (COLOUR DEPTH)


Kedalaman warna atau jumlah warna yang dipaparkan oleh skrin pada sesuatu masa akan menentukan kejelasan paparan sesuatu video digital. Ini bermaksud kedalaman warna yang kurang akan menghasilkan imej video yang berketak-ketak.


ELEMEN AUDIO DALAM MULTIMEDIA

Elemen audio merujuk kepada rakaman bunyi, suara latar muzik dan lain-lain. Bunyi bergerak dalam bentuk gelombang Gegendang telinga akan menterjemah sebagai isyarat atau signal bunyi oleh otak. Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap berbanding apabila wujud gelombang bunyi, Tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun ke paras yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi sesuatu audio. Kekuatan bunyi ini sebagai Amplitude dan diukur dalam unit decibles (dB). Kadar perubahan tekanan udara pula dinamakan Pitch. Semakin tinggi puncak gelombang bermakna semakin kuat bunyi yang dikeluarkan. Jarak antara puncak mewakili frekuensi Semakin jauh jarak antara setiap puncak semakin kecil nada suara atau pitch

Penggunaan audio mampu menjadi daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Ia mampu membantu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Ianya kerana bunyi yang menarik mampu menarik minat seseorang untuk mendengar seterusnya memberi perhatian kepada sesuatu yang ingin dipersembahkan.


AUDIO ANALOG


Audio analog berfungsi untuk mengubah gelombang analog kepada denyutan digital. Hal ini bagi memudahkan proses mengedit menggunakan perisian audio komputer. Pemain dan perakam kaset audio, piring hitam, kaset video, CD audio (muzik) dan sebagainya menyimpan data audio dalam bentuk analog. Perkembangan teknologi membolehkan kaedah penyimpanan yang hampir sama digunakan di antara data audio analog dan juga data audio digital. Cip yang berperanan bagi mengubah signal analog kepada denyutan dinamakan penterjemah analog digital atau analog digital converters (ADC). Cip ADC mengukur amplitud bagi gelombang analog dan mengubah setiap ukuran gelombang tersebut kepada denyutan digital yang berkaitan dengan kod bit agar boleh difahami oleh sistem komputer


AUDIO DIGITAL


Audio digital pula berperanan mengubah denyutan digital kepada gelombang analog. Teknik persampelan(sampling) digunakan untuk menukarkan gelombang audio dalam bentuk analog ke dalam bentuk digital.
Untuk menukarkan gelombang digital kepada analog menggunakan cip penterjemah digital analog atau digital analog converters (DAC). Cip DAC mengukur amplitud bagi gelombang digital dan mengubah setiap ukuran gelombang tersebut kepada denyutan analog yang berkaitan dengan kod bit agar boleh difahami oleh sistem komputer.


CIRI-CIRI GELOMBANG BUNYI


AMPLITUD




Amplitud merupakan "intensity" bunyi ataupun "loudness". Semakin kuat bunyi, maka semakin besar amplitud.



FREKUENSI


Frekuensi adalah bilangan kitaran yang berlaku bagi setiap satu saat. Bilangan frekuensi akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio yang dirakamkan. Unit yang biasa diguna ialah Hertz (cycles per second - kitaran per saat). Corak gelombang sesaat bersamaan 1 Hertz. Maka suatu bunyi 1KHz (1000 Hertz)
mengulang kitaran asasnya 1000 kali dalam satu saat. Frekuensi suatu bunyi menentukan nada (pitch) yang didengar oleh telinga lebih tinggi frekuensi lebih tinggi nada


FAKTOR YANG MEMPRNGARUHI KUALITI AUDIO


Kadar Persampelan


Persampelan ialah sampel bagi sesuatu audio dirakam ke dalam bentuk bit digital di dalam setiap pecahan saat. Persampelan melibatkan penentuan amplitud bunyi bagi suatu bilangan kali diskrit yang tertentu dalam satu tempoh yang diberi. Kadar persampelan ialah kekerapan sampel diambil bagi sesuatu audio yang diambil. Semakin tinggi kadar sampel, semakin banyak maklumat sampel yang diambil maka biasanya semakin tinggilah kualiti audio tersebut. Seperti frekuensi, kadar sampel juga diukur dalam unit Hertz. Tiga nilai kadar sampel yang biasa digunakan bagi sesebuah rakaman audio ialah 11.025 kHz, 22.05 kHz dan 44.1 kHz. Kadar sampel rakaman yang sering digunakan ialah 44.1 kHz yang bermaksud panjang gelombang yang dijanakan ialah setinggi 44,100 kali bagi setiap saat.


Kedalaman Bit (Bit-depth)


Kedalaman Bit ataupun Bit-depth juga dikatakan sebagai saiz sampel yang mewakili jumlah banyaknya informasi yang disimpan mengenai sesuatu sampel tersebut. Ia juga boleh dikatakan bilangan bit yang digunakan untuk menyimpan maklumat data tersebut. Dua jenis bit-depth yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit. Kualiti data 16 bit adalah lebih baik berbanding 8 bit kerana semakin tinggi saiz sampel maka lebih banyak maklumat atau informasi yang disimpan. Disamping itu, jenis bit-depth yang dipilih mestilah bersesuaian dengan kad audio (sound card) yang digunakan iaitu samada kad audio 16 bit atau 8 bit. Semakin tinggi bit-depth yang digunakan, maka ia akan menggunakan ruang storan yang lebih besar (1 bit bagi sampel 8 bit). Ini bermakna jika rakaman audio dibuat selama 10 saat dengan menggunakan kadar sampel 44.1 kHz dan bit-depth 16 bit serta dirakamkan secara stereo akan menggunakan ruang storan sekitar 2 MB.


Saluran (Channel)


Terdapat dua jenis saluran yang sering digunakan dala rakaman audio iaitu mono dan stereo.

Format Fail Audio


Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)


Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ia boleh menyimpan sehingga 32 bit.


Musical Instrument Digital Interface (MID, MIDI dan MFF)


Format yang diterimapakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.


Resource Interchange File Format (RIFF)


Format fail yg diperkenalkan oleh Microsoft dan mengandungi pelbagai jenis data termasuklah audio berbentuk gelombang (Wave) dan juga MIDI.


Sound (SND)


Format fail yang diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.


Sun Audio (AU)


Format ini digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem. Ia merupakan format audio 16 bit.


MPEG Level 3 (MP3)


Format file ini semakin popular teutama bagi tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Mempunyai teknik pemampatan yang baik sehingga dapat memampatkan audio bersaiz 45 MB dalam format wav kepada kira-kira 4 MB dalam format MP3.


Real Audio @ Real Media (RAM dan RA)


Format fail yang paling meluas digunakan dalam Internet secara langsung sehingga membolehkan siaran radio atau televisyen dimainkan terus melalui internet.


Wave (WAV)


Paling meluas digunakan dan disokong sepenuhnya oleh sistem pengoperasian Windows. Format ini dibangunkan oleh syarikat Microsoft dan mampu menyokong rakaman dengan bit-depth setinggi 8 bit (mono dan stereo).

Monday, March 30, 2009

ELEMEN GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Grafik merupakan antara elemen multimedia yang amat penting dalam proses penyampaian maklumat. Grafik boleh didefinisikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. Grafik juga merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan lain-lain. Format penghasilan grafik adalah seperti bitmap, jpeg dan gif. Penggunaannya boleh membantu kita menyampaikan maklumat dengan lebih cepat, tepat dan berkesan. Hal ini kerana grafik mampu menjadikan sesuatu persembahan dan penyampaian maklumat lebih menarik disamping dapat memfokuskan perhatian penonton untuk melihat dan memberi perhatian terhadap persembahan yang hendak disampaikan.



KATEGORI GRAFIK


IMEJ BITMAP


Imej bitmap terbentuk daripada satu kumpulan piksel-piksel yang disusun dalam bentuk matrik mudah. Setiap piksel tersebut mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan intensity (keamatannya. Resolusi (resolution) dan kedalaman (dept) antara factor yang mempengaruhi saiz sesuatu imej bitmap dimana ia mempunyai saiz yang besar. Resolusi ialah bilangan piksel yang terdapat dalam imej, Semakin tinggi resolusi imej, imej yang dihasilkan semakin tajam dan licin dan semakin tinggi resolusi semakin besar saiznya.

Kedalaman(dept) pula ialah pernyataan warna dan keterangan (brightness) bagi setiap pixel. Ia merujuk jumlah titik bagi setiap inci (dot per inch) yang terdapat pada imej tersebut. Setiap piksel mempunyai 2 atau lebih warna. Disini saiz imej akan semakin besar apabila semakin besar kedalaman pikselnya. Kedalaman(depth) yang lebih diperlukan untuk memaparkan imej warna seperti 4,8,16 dan 24 bit. Aplikasi yang digunakan untuk menghasil serta meminda imej bitmap dikenali aplikasi “painting”. Contoh: Adobe Illustrator, Autocard dsb. Contoh: CorelDRAW, Adobe Photoshop,


Kelebihan imej bitmap

  • sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang terperinci diperlukan.
  • Mampu menyimpan sejumlah besar maklumat-maklumat mengenai imej tersebut.


Kelemahan imej bitmap.

  • saiz imej yang besar
  • imej akan menjadi kabur seandainya saiznya dibesarkan atau dikecilkan.
  • memerlukan ingatan komputer(RAM) yang tinggi untuk memproses gambar tersebut.


Format Bitmap


BMP

Bmp bermaksud Bitmap. Bitmap atau BMP ini merupakan antara fail format yang paling lama wujud iaitu sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Window 3.0. Ia sesuai unuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Namun begitu saiznya besar dan memerlukan ruang storan yang besar tetapi kelebihannya adalah kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima format ini. Selain itu, Imej boleh dieksport dalam kedalaman berbeza seperti 1-bit, 4-bit, 8-bit atau 24-bit.


TIFF (Tagged Image File Format)


TIFF atau Tag Image File Format telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. Kini ia mungkin merupakan antara piawaian atau format grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya


PICT


PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Machintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada man-mana perkataan. Format fail ini muncul kalipertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw.


TGA (Targa)


TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia jug sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej static.


GIF (Graphic Interchange Format)


GIF adalah singkatan dari perkataan Graphic Interchange Format. Fail ini terbentuk dengan sokongan dari imej berwarna dan pemadatan data (lossless compression). Fail GIF digunakan dalam format yang dipanggil ‘lossless’. Semua maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan grafik yang akan disimpan di dalam fail GIF tidak boleh melebihi 256 warna. GIF adalah format terbaik untuk imej yang warnanya kurang daripada 256. Sesetengah imej atau foto masih cantik
walaupun dikurangkan kepada 256 warna dengan menggunakan format GIF. Piawaian jenis ini sering digunakan didalam pembangunan halaman web kerana inya menawarkan saiz fail yang lebih kecil berbanding format atau piawaian grafik yang lain.


JPEG (
Joint Photographic Experts Group.)


JPEG adalah singkatan dari perkataan Joint Photographic Experts Group. Fail imej ini memberi sokongan lebih banyak warna dan lebih pemadatan data (lossless compression) berbanding fail GIF. Fail JPEG digunakan dalam format yang dipanggil ‘lossy’. Grafik yang disimpan di dalam bentuk JPEG tidak akan menyerupai imej asal disebabkan oleh format ‘lossy’, Maklumat yang hilang akibat penghasilan fail JPEG selalunya tidak menjejaskan imej tersebut kerana ia
mempunyai lebih dari 256 warna. JPEG ini kurang sesuai untuk huruf atau aksara mahupun kerja-kerja melibatkan lakaran. JPEG juga sering digunakan bagi format fail unuk halaman web terutamanya bagi imej-imej yang mempunyai pelbagai warna dan corak.


IMEJ VEKTOR

Imej vektor dikenali juga sebagai grafik berstruktur atau grafik berorientasikan objek. Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan, segiempat dan lain-lain. Imej vektor tidak bergantung kepada resolusi. Ia akan dijana pada resolusi tertinggi yang boleh dihasilkan oleh peranti output (seperti monitor, printer). Saiz, kedudukan serta bentuk imej ini boleh diubahsuai dalam pelbagai sudut dan arah dengan mengubah formula matematik objek tersebut seperti yang dikehendaki. Disamping itu, Imej vektor tidak memerlukan ruang ingatan yang tinggi kerana data bagi imej tersebut hanyalah merupakan arahan lakaran pada komputer (formula matematik). Contohnya sebuah segiempat tepat


Kelebihan Imej Vektor


  • Keupayaan untuk mengubah saiz dan memutarkan sesebuah grafik tanpa menjejaskan kualiti

  • Saiz storan yang lebih kecil diperlukan kerana hanya arahan lakaran komputer disimpan.
  • Mudah untuk dilakukan pindaan terhadap imej.


Kelemahan Imej Vektor


  • Dihasilkan oleh komputer, oleh itu kurang realistik.

  • Semakin kompleks objek semakin lambat proses arahan imej.

  • Kepakaran yang tinggi diperlukan untuk melukis sebuah imej vektor yang berkualiti tinggi.


FORMAT FAIL IMEJ VEKTOR


CDR (CorelDraw)


Format yang disediakan untuk perisian CorelDraw.

.

CGM (Computer Graphic Metafile)


Format fail vektor yang paling meluas digunakan. Ia merupakan program melukis yg popular termasuklah program persembahan grafik yg menyokong fail CG Antara perisian yg mampu mengeksport & mengimport fail CGM ialah CorelDraw, Lotus Freelance Graphic & Harvard Graphic.


DRW

Format fail grafik yg digunakan oleh Microsoft Designer, program melukis yg dihasilkan untuk kegunaan PC. Program-program yg menyokong format fail ini ialah Microsoft Word, Ami Pro & PageMaker.


DXF

Ia adalah format utk lukisan kejuruteraan & senibina. Ia digunakan oleh program AutoCAD.


Teknik pemadatan imej.


Lossless - Fail dipadatkan tanpa sebarang kehilangan daripada fail. Contoh produk perisian yang menggunakan teknik ini ialah seperti Winzip, Stacker, Superstor dan DriveSpace. Imej grafik dalam format .gif (graphic interchange format)
adalah dalam bentuk pemampatan lossless.


Lossy - Fail dipadatkan tetapi sebahagian data daripada fail akan hilang dimana saiz lebih kecil. Contohnya, seperti menghilangkan beberapa warna atau suara kecil yang tidak dirasakan oleh pengguna. Contoh format yang menggunakan kaedah ini ialah JPEG (joint photographic experts group)

Friday, February 20, 2009

PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS TULISAN

TYPE

Jenis tulisan :Tempus Sans ITC



Jenis tulisan :




JENIS TULISAN : Monotype Corsiva


















Jenis tulisan : Mistral