Elemen audio merujuk kepada rakaman bunyi, suara latar muzik dan lain-lain. Bunyi bergerak dalam bentuk gelombang Gegendang telinga akan menterjemah sebagai isyarat atau signal bunyi oleh otak. Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap berbanding apabila wujud gelombang bunyi, Tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun ke paras yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi sesuatu audio. Kekuatan bunyi ini sebagai Amplitude dan diukur dalam unit decibles (dB). Kadar perubahan tekanan udara pula dinamakan Pitch. Semakin tinggi puncak gelombang bermakna semakin kuat bunyi yang dikeluarkan. Jarak antara puncak mewakili frekuensi Semakin jauh jarak antara setiap puncak semakin kecil nada suara atau pitch
Penggunaan audio mampu menjadi daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Ia mampu membantu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Ianya kerana bunyi yang menarik mampu menarik minat seseorang untuk mendengar seterusnya memberi perhatian kepada sesuatu yang ingin dipersembahkan.
AUDIO ANALOG
Audio analog berfungsi untuk mengubah gelombang analog kepada denyutan digital. Hal ini bagi memudahkan proses mengedit menggunakan perisian audio komputer. Pemain dan perakam kaset audio, piring hitam, kaset video, CD audio (muzik) dan sebagainya menyimpan data audio dalam bentuk analog. Perkembangan teknologi membolehkan kaedah penyimpanan yang hampir sama digunakan di antara data audio analog dan juga data audio digital. Cip yang berperanan bagi mengubah signal analog kepada denyutan dinamakan penterjemah analog digital atau analog digital converters (ADC). Cip ADC mengukur amplitud bagi gelombang analog dan mengubah setiap ukuran gelombang tersebut kepada denyutan digital yang berkaitan dengan kod bit agar boleh difahami oleh sistem komputer
AUDIO DIGITAL
Audio digital pula berperanan mengubah denyutan digital kepada gelombang analog. Teknik persampelan(sampling) digunakan untuk menukarkan gelombang audio dalam bentuk analog ke dalam bentuk digital. Untuk menukarkan gelombang digital kepada analog menggunakan cip penterjemah digital analog atau digital analog converters (DAC). Cip DAC mengukur amplitud bagi gelombang digital dan mengubah setiap ukuran gelombang tersebut kepada denyutan analog yang berkaitan dengan kod bit agar boleh difahami oleh sistem komputer.
CIRI-CIRI GELOMBANG BUNYI
AMPLITUD
Amplitud merupakan "intensity" bunyi ataupun "loudness". Semakin kuat bunyi, maka semakin besar amplitud.
FREKUENSI
Frekuensi adalah bilangan kitaran yang berlaku bagi setiap satu saat. Bilangan frekuensi akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio yang dirakamkan. Unit yang biasa diguna ialah Hertz (cycles per second - kitaran per saat). Corak gelombang sesaat bersamaan 1 Hertz. Maka suatu bunyi 1KHz (1000 Hertz)
mengulang kitaran asasnya 1000 kali dalam satu saat. Frekuensi suatu bunyi menentukan nada (pitch) yang didengar oleh telinga lebih tinggi frekuensi lebih tinggi nada
FAKTOR YANG MEMPRNGARUHI KUALITI AUDIO
Kadar Persampelan
Persampelan ialah sampel bagi sesuatu audio dirakam ke dalam bentuk bit digital di dalam setiap pecahan saat. Persampelan melibatkan penentuan amplitud bunyi bagi suatu bilangan kali diskrit yang tertentu dalam satu tempoh yang diberi. Kadar persampelan ialah kekerapan sampel diambil bagi sesuatu audio yang diambil. Semakin tinggi kadar sampel, semakin banyak maklumat sampel yang diambil maka biasanya semakin tinggilah kualiti audio tersebut. Seperti frekuensi, kadar sampel juga diukur dalam unit Hertz. Tiga nilai kadar sampel yang biasa digunakan bagi sesebuah rakaman audio ialah 11.025 kHz, 22.05 kHz dan 44.1 kHz. Kadar sampel rakaman yang sering digunakan ialah 44.1 kHz yang bermaksud panjang gelombang yang dijanakan ialah setinggi 44,100 kali bagi setiap saat.
Kedalaman Bit (Bit-depth)
Kedalaman Bit ataupun Bit-depth juga dikatakan sebagai saiz sampel yang mewakili jumlah banyaknya informasi yang disimpan mengenai sesuatu sampel tersebut. Ia juga boleh dikatakan bilangan bit yang digunakan untuk menyimpan maklumat data tersebut. Dua jenis bit-depth yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit. Kualiti data 16 bit adalah lebih baik berbanding 8 bit kerana semakin tinggi saiz sampel maka lebih banyak maklumat atau informasi yang disimpan. Disamping itu, jenis bit-depth yang dipilih mestilah bersesuaian dengan kad audio (sound card) yang digunakan iaitu samada kad audio 16 bit atau 8 bit. Semakin tinggi bit-depth yang digunakan, maka ia akan menggunakan ruang storan yang lebih besar (1 bit bagi sampel 8 bit). Ini bermakna jika rakaman audio dibuat selama 10 saat dengan menggunakan kadar sampel 44.1 kHz dan bit-depth 16 bit serta dirakamkan secara stereo akan menggunakan ruang storan sekitar 2 MB.
Saluran (Channel)
Terdapat dua jenis saluran yang sering digunakan dala rakaman audio iaitu mono dan stereo.
Format Fail Audio
Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)
Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ia boleh menyimpan sehingga 32 bit.
Musical Instrument Digital Interface (MID, MIDI dan MFF)
Format yang diterimapakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
Resource Interchange File Format (RIFF)
Format fail yg diperkenalkan oleh Microsoft dan mengandungi pelbagai jenis data termasuklah audio berbentuk gelombang (Wave) dan juga MIDI.
Sound (SND)
Format fail yang diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
Sun Audio (AU)
Format ini digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem. Ia merupakan format audio 16 bit.
MPEG Level 3 (MP3)
Format file ini semakin popular teutama bagi tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Mempunyai teknik pemampatan yang baik sehingga dapat memampatkan audio bersaiz 45 MB dalam format wav kepada kira-kira 4 MB dalam format MP3.
Real Audio @ Real Media (RAM dan RA)
Format fail yang paling meluas digunakan dalam Internet secara langsung sehingga membolehkan siaran radio atau televisyen dimainkan terus melalui internet.
Wave (WAV)
Paling meluas digunakan dan disokong sepenuhnya oleh sistem pengoperasian Windows. Format ini dibangunkan oleh syarikat Microsoft dan mampu menyokong rakaman dengan bit-depth setinggi 8 bit (mono dan stereo).
0 comments:
Post a Comment