Grafik merupakan antara elemen multimedia yang amat penting dalam proses penyampaian maklumat. Grafik boleh didefinisikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. Grafik juga merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan lain-lain. Format penghasilan grafik adalah seperti bitmap, jpeg dan gif. Penggunaannya boleh membantu kita menyampaikan maklumat dengan lebih cepat, tepat dan berkesan. Hal ini kerana grafik mampu menjadikan sesuatu persembahan dan penyampaian maklumat lebih menarik disamping dapat memfokuskan perhatian penonton untuk melihat dan memberi perhatian terhadap persembahan yang hendak disampaikan.
KATEGORI GRAFIK
IMEJ BITMAP
Imej bitmap terbentuk daripada satu kumpulan piksel-piksel yang disusun dalam bentuk matrik mudah. Setiap piksel tersebut mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan intensity (keamatannya. Resolusi (resolution) dan kedalaman (dept) antara factor yang mempengaruhi saiz sesuatu imej bitmap dimana ia mempunyai saiz yang besar. Resolusi ialah bilangan piksel yang terdapat dalam imej, Semakin tinggi resolusi imej, imej yang dihasilkan semakin tajam dan licin dan semakin tinggi resolusi semakin besar saiznya.
Kedalaman(dept) pula ialah pernyataan warna dan keterangan (brightness) bagi setiap pixel. Ia merujuk jumlah titik bagi setiap inci (dot per inch) yang terdapat pada imej tersebut. Setiap piksel mempunyai 2 atau lebih warna. Disini saiz imej akan semakin besar apabila semakin besar kedalaman pikselnya. Kedalaman(depth) yang lebih diperlukan untuk memaparkan imej warna seperti 4,8,16 dan 24 bit. Aplikasi yang digunakan untuk menghasil serta meminda imej bitmap dikenali aplikasi “painting”. Contoh: Adobe Illustrator, Autocard dsb. Contoh: CorelDRAW, Adobe Photoshop,
Kelebihan imej bitmap
- sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang terperinci diperlukan.
- Mampu menyimpan sejumlah besar maklumat-maklumat mengenai imej tersebut.
Kelemahan imej bitmap.
- imej akan menjadi kabur seandainya saiznya dibesarkan atau dikecilkan.
- memerlukan ingatan komputer(RAM) yang tinggi untuk memproses gambar tersebut.
Format Bitmap
BMP
Bmp bermaksud Bitmap. Bitmap atau BMP ini merupakan antara fail format yang paling lama wujud iaitu sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Window 3.0. Ia sesuai unuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Namun begitu saiznya besar dan memerlukan ruang storan yang besar tetapi kelebihannya adalah kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima format ini. Selain itu, Imej boleh dieksport dalam kedalaman berbeza seperti 1-bit, 4-bit, 8-bit atau 24-bit.
TIFF (Tagged Image File Format)
TIFF atau Tag Image File Format telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. Kini ia mungkin merupakan antara piawaian atau format grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya
PICT
PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Machintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada man-mana perkataan. Format fail ini muncul kalipertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw.
TGA (Targa)
TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia jug sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej static.
GIF (Graphic Interchange Format)
GIF adalah singkatan dari perkataan Graphic Interchange Format. Fail ini terbentuk dengan sokongan dari imej berwarna dan pemadatan data (lossless compression). Fail GIF digunakan dalam format yang dipanggil ‘lossless’. Semua maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan grafik yang akan disimpan di dalam fail GIF tidak boleh melebihi 256 warna. GIF adalah format terbaik untuk imej yang warnanya kurang daripada 256. Sesetengah imej atau foto masih cantik walaupun dikurangkan kepada 256 warna dengan menggunakan format GIF. Piawaian jenis ini sering digunakan didalam pembangunan halaman web kerana inya menawarkan saiz fail yang lebih kecil berbanding format atau piawaian grafik yang lain.
JPEG (Joint Photographic Experts Group.)
JPEG adalah singkatan dari perkataan Joint Photographic Experts Group. Fail imej ini memberi sokongan lebih banyak warna dan lebih pemadatan data (lossless compression) berbanding fail GIF. Fail JPEG digunakan dalam format yang dipanggil ‘lossy’. Grafik yang disimpan di dalam bentuk JPEG tidak akan menyerupai imej asal disebabkan oleh format ‘lossy’, Maklumat yang hilang akibat penghasilan fail JPEG selalunya tidak menjejaskan imej tersebut kerana ia mempunyai lebih dari 256 warna. JPEG ini kurang sesuai untuk huruf atau aksara mahupun kerja-kerja melibatkan lakaran. JPEG juga sering digunakan bagi format fail unuk halaman web terutamanya bagi imej-imej yang mempunyai pelbagai warna dan corak.
IMEJ VEKTOR
Imej vektor dikenali juga sebagai grafik berstruktur atau grafik berorientasikan objek. Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan, segiempat dan lain-lain. Imej vektor tidak bergantung kepada resolusi. Ia akan dijana pada resolusi tertinggi yang boleh dihasilkan oleh peranti output (seperti monitor, printer). Saiz, kedudukan serta bentuk imej ini boleh diubahsuai dalam pelbagai sudut dan arah dengan mengubah formula matematik objek tersebut seperti yang dikehendaki. Disamping itu, Imej vektor tidak memerlukan ruang ingatan yang tinggi kerana data bagi imej tersebut hanyalah merupakan arahan lakaran pada komputer (formula matematik). Contohnya sebuah segiempat tepat
Kelebihan Imej Vektor
- Keupayaan untuk mengubah saiz dan memutarkan sesebuah grafik tanpa menjejaskan kualiti
- Saiz storan yang lebih kecil diperlukan kerana hanya arahan lakaran komputer disimpan.
- Mudah untuk dilakukan pindaan terhadap imej.
Kelemahan Imej Vektor
- Dihasilkan oleh komputer, oleh itu kurang realistik.
- Semakin kompleks objek semakin lambat proses arahan imej.
- Kepakaran yang tinggi diperlukan untuk melukis sebuah imej vektor yang berkualiti tinggi.
FORMAT FAIL IMEJ VEKTOR
CDR (CorelDraw)
Format yang disediakan untuk perisian CorelDraw.
.
CGM (Computer Graphic Metafile)
Format fail vektor yang paling meluas digunakan. Ia merupakan program melukis yg popular termasuklah program persembahan grafik yg menyokong fail CG Antara perisian yg mampu mengeksport & mengimport fail CGM ialah CorelDraw, Lotus Freelance Graphic & Harvard Graphic.
DRW
Format fail grafik yg digunakan oleh Microsoft Designer, program melukis yg dihasilkan untuk kegunaan PC. Program-program yg menyokong format fail ini ialah Microsoft Word, Ami Pro & PageMaker.
DXF
Ia adalah format utk lukisan kejuruteraan & senibina. Ia digunakan oleh program AutoCAD.
Teknik pemadatan imej.
Lossless - Fail dipadatkan tanpa sebarang kehilangan daripada fail. Contoh produk perisian yang menggunakan teknik ini ialah seperti Winzip, Stacker, Superstor dan DriveSpace. Imej grafik dalam format .gif (graphic interchange format) adalah dalam bentuk pemampatan lossless.
Lossy - Fail dipadatkan tetapi sebahagian data daripada fail akan hilang dimana saiz lebih kecil. Contohnya, seperti menghilangkan beberapa warna atau suara kecil yang tidak dirasakan oleh pengguna. Contoh format yang menggunakan kaedah ini ialah JPEG (joint photographic experts group)