Assalamualaikum...hai!!!! apa khabar semua?????
Saya Norliza Bt Ahmad dari Lunas Kedah. Bulan 4 ni umur saya 24 tahun.. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang, Lunas Kedah... kemudian di peringkat menengah bersekolah di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri Perlis..selepas itu menyambung pelajaran peringkat diploma di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah dalam bidang akaun dan sekarang meneruskan pelajaran di Universiti Utara Malaysia dalam bidang komunikasi..jauh sangat lari dari bidang saya masa diploma..sebenarnya saya langsung tidak meminati khursus ini sebab saya kurang berkemahiran dalam berkomunikasi. Tapi disebabkan sudah diberi peluang untuk belajar, saya harap dengan bantuan pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan saya dapat berusaha untuk merpertingkatkan minat saya dalam bidang ini.
Saya mempunyai 4 orang adik beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan, saya anak sulong..adik yang kedua lelaki berumur 22 tahun, belajar di Universiti Malaya dalam bidang Sains Gunaan, yang ke 3 perempuan berumur 20 tahun belajar di kolej Universiti Insaniah dalam bidang Teknologi Maklumat dan yang bongsu masih bersekolah di tingkatan 5.
Pada masa lapang saya akan membaca novel dan saya mempunyai banyak koleksi novel dari pelbagai keluaran seperti dari Alaf 21, Rhythm, Nylea Publishing dan sebagainya. Saya sering melayari lawan web Teratak santai untuk membaca cerpen dan novel yang terdapat disitu. Selain itu saya juga akan menonton drama atau filem korea bersama kawan2 pada hujung minggu melalui komputer saya untuk menghilangkan tekanan setelah penat mengulangkaji pelajaran..
Saya harap dapat menempuh hari-hari mendatang yang penuh cabaran ini dengan penuh kesabaran...Insyaallah..akhir sekali diharap segala yang dilakukan mendapat keredhaanNya..Aminnnn
0 comments:
Post a Comment